Tuesday, January 17, 2012

Dunia Ini Tak Adil

Assalammualaikum w.b.t

Bulatnya Bumi
Hai korang! Tetiba je aku nak update blog..Tajuk entry ni aku dapat hasil daripada perbincangan spontan aku dengan DAK NI..Cuba arr click..

Kenapa ye dunia ni tak adil..Banyak benda yang tak adil berlaku pada aku,rakan-rakan aku dan maybe semua orang arr..Contoh yang aku alami ni untuk diri aku laa,korang jangan condemn lak ye..



1.PAKWE HENSEM
Untungnya lah hai siapa yang ada boypren hensem macam Fahrin Ahmad ke Awal Ashaari ke.. 'Untunglah'.. *berfikir*..Macam mana ek dia orang boleh dapat boypren hensem tu..Aku ni macam tak de siapa nak je..*ayat macam nak mintak penyepak kaki belah kiri je*..

Ish! Tapi sebenarnya kan susah nya nak jaga orang hensem ni..Karang tak pasal hari-hari asyik makan hati ulam air masin je..Setuju tak kawan-kawan?? Nampak nampak nampak!! Mesti ada yang tak setuju..Yelah,boypren dia hensem kan..Hehe..




2.ORANG PANDAI TAK PAYAH BELAJAR SANGAT
Kenapa kenapa dan kenapa!!!Aku ni tak la pandai sangat pun,sebab tu aku belajar macam nak rak..Belajar macam nak gugur urat saraf dalam kepala ni..Tapi time exam,bila jawap kepala nya lain tapi anak nya lain lak aku letak..Dah macam mak lain bapak lain..Selalu tertukar-tukar..grrrr!!Aku rasa teknik belajar aku dah improved..Tp..No one know why..*ceh skeeping speaking lak*..

Aku tengok member aku sorang ni belajar macam tak beriya,sejam asyik dok tengok kos content je,apa ntah ada kat situ,tapi mak aihhhh,markah meleTOP..Geramnya dengan dia tu..*Jangan terasa pula ae*..Eee apa arr rahsia dia kan..Tak kan kena makan fries banyak-banyak kot cik LIZAIJAJA oii..Hahaha..




3.ORANG MISKIN SELALU KENA PANDANG SERONG
Ishh tak patut betul laa depa yang pandang orang miskin macam tu..Dia orang pun manusia juga,ada hati,kulit,kuku,dan bla bla bla..Tapi apa yang membezakan cuma pakaian,tempat tinggal dan ekonomi mereka je..Mereka ni kurang rezeki,so orang yang kaya sangat tu bagi arr sikit sedekah bukan nya dok pandang hina ke serong 80 darjah ke..

Sebab tu ALLAH jadikan manusia ni pelbagai nasib,supaya ape??? Jawap cepat..Haa pandai pun,supaya boleh tolong menolong..Ingat sikit,apa yang kita ada ni cuma pinjaman je..Tak de nye nak bawa sekali dalam lubang kubur dan akhirat tu..

Ni ada serangkap lirik lagu dari Yuna mengenai orang bercinta::
 Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya


tintapena # sebenarnya apa yang terjadi ada hikmahnya..Kadang-kadang kita kat atas dan kadang-kadang kita kat bawah..semua dah di tentukan oleh-NYA..Tak gitu??

2 comments:

  1. HAHA. xterase lah. ok ok, jap jap lagi aku study eh :P

    ReplyDelete
  2. my opinion: boyfren hensem, kepandaian duniawi and kekayaan yg melimpah ruah x mnjamin kebahagiaan hidup, kte hanya perlu mnjd hamba yg beriman utk mendpt darjat yg plg tinggi di sisiNya :)

    ReplyDelete