Sunday, January 15, 2012

says :: MAAFKAN AKU

Assalammualaikum w.b.t.

Ada apa dengan perkataan MAAF?? Banyak yang tersurat dan tersirat disebalik perkataan kontot ni..Sependek-pendek perkataan ni mampu merubah segalanya..

Dengan mengungkapkan perkataan maaf, ia boleh membuatkan kita rasa lebih tenang, lebih bermotivasi, lebih matang, jiwa lebih tenteram, jadi lebih ayu, lebih hensem dan lebih-lebih pulak kan..

'Sebelum tidur, kita kena meminta maaf dan juga memaafkan orang yang dekat dengan kita kemudian untuk semua orang'..Manalah tau kot-kot malam tu malam terakhir kita bernafas, so, macam mana nak minta maaf esok nya..Jadinya dalam kita masih bernafas tu, kita minta la maaf pada semua orang even kita tak de buat salah pun kan..Bukan susah pun..

Nak makan lagi susah tau dari nak ucap MAAF..Bukan rugi apa pun,hidung pun still ada lagi, tak hilang pun kalau cakap MAAF..Eh apa kena mengena dengan hidung ni..

Korang nak ke nanti roh korang terapung-apung dok nak minta maaf dengan semua orang yang of coz arr orang tu tak kan nampak korang..Sebab korang dah tak wujud lagi..

OK..Di sini, aku pun nak minta maaf juga laa atas kesalahan yang dah aku buat dengan sengaja dan tanpa sengaja kepada semua orang khususnya..

..Ampun dari-NYA..

Aku memohon keampunan dari-Nya di atas dosa-dosa yang dah aku lakukan di muka bumi pinjaman-Nya ini..Dah macam-macam kerosakan yang dah aku lakukan..Bukan tak reti menghargai dan bersyukur, tapi hasutan tu yang jadi batu api dalam hidup aku ni..


..Keluarga Tercinta..



Aku banyak buat salah kat dia orang selama aku hidup ni..Jangan di cerita la, kat mama dengan abah aku tu banyak kali aku melawan, kurang hormat, kasar, derhaka dan tak tau nak cakap lagi arr..So, aku kena arr minta maaf kat dia orang yang dah bela aku sampai besar gergasi ni..Maaf kan kita ma abah dan si gemok adik aku..Juga pada mok cik, pok cik, sepupu sepapan sepapat..



..Kengkawan..
Tu dia kawan-kawan aku..Hidup aku ni dikelilingi kawan, mana sahaja kita pergi mesti ada kawan yang menemani..So, aku pun nak minta maaf kat dia orang gak kalau aku ni kasar, tinggi suara, degil, berubah sikap dan macam-macam lagi la..Terima kasih la sebab tahan dengan perangai mengong aku ni..Ntah apa-apa..

..Bakal Masa Hadapan..
Even aku tak tau siapa yang jadi teman masa depan aku, aku nak minta maaf dulu la kalau aku tak dapat nak bahagiakan kau, nak layan kau, nak spent masa dengan kau, nak bla bla laa laa laa dengan kau.. Sebab aku bukan sempurna sangat pun, korang boleh dapat lagi better dari aku..Aku ni ape ade? Adohh malammm..

..Orang yang berkaitan..
Siapa-siapa yang kenal aku tu pun, aku nak minta maaf banyak-banyak tau..Al-maklum lah kita ni walau tak kenal orang pun kadang-kadang terkutuk dan mengata gak..So, aku minta maaf ok..





TINTAPENA # Korang maafkan aku ok..Jangan nak simpan-simpan dalam jantung hati lak ye..Semoga dengan kemaafan dari semua orang, hidup ni lebih tenang..


6 comments:

  1. walaupon golin nampak macam garang, tapi dia sebenarnya baik hati, hehe maafkan aku jugak :)

    ReplyDelete
  2. hahaha..aku mmg garang..x berperikemanusiaan pun..huahuahua..

    ReplyDelete
  3. saya maafkan. Eh. hehe.

    http://sishopaholic.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. hehe..thanxx..do follow my blog to k..

    ReplyDelete
  5. saya ingin minta maaf juga pada awk...

    ReplyDelete